Al-Quran - hambaNya

Al Fatihah

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
1|1| Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
1|2| Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
1|3| Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
1|4| Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
1|5| Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
1|6| Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
1|7| Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

 


 

WIKIPEDIA

Surah al-Fatihah (Bahasa Arab: سُّورَةُ الفَاتِحَة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.